Sunday, January 31, 2010

Mixed Fruit Cake for Makan2



Salam.
Kek buah kukus ini saja saya buat untuk mkn2.Kebetulan ada customer tempah kek buah untuk birthday.Gmbr kek birthdaynya nnt sy upload yer..lum deco pun lagi coz nak delivery ke Taman Pu3 Wangsa 3hb petang.Ini kes tak tahan godaan la.Lg pun dah lama x buat.Bhn2 pun mmg dah sedia ada dlm stor bakery.Apa lagi saya pun bancuh lebih la.Saya guna resepi Sifu Norazie..hu..hu hasilnya mmg tak menghampakan.
Lama kena kukus kek nie sekitar 4 jam ke 5 jam.
Tp hubby tak minat kek buah..so saya bg bonda & ayahanda saya.Ini mmg kek feberet mereka.Kek buah mmg digemari oleh orang tua2.Resepinya saya copy & paste jer ye. Thanks Kak Azie kerana sudi share resepi kek buah yg mabeles ni.Tak boleh citer panjang lagi dah time nak gentel roti..;-)

KEK BUAH KUKUS - Norazie
Bahan:
2 tin butter cap golden churn
atau 680g butter packet
600g tepung gandum - ambil segenggam utk gaul dgn buah
600g gula - asing 300g utk gula hangus
2 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh bikarbonat of soda
telur 5 bjii gred A atau 8 gred B
satu sudu serbuk buah pala
800g mix fruit - make sure beli yg fresh
Cara:
1. Mix butter & 300g gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu. Ayak tepung + cream of tartar & bikarbonat of soda & serbuk buah pala. Masukkan dlm adunan butter tadi dan pukul perlahan hingga sebati. Masak dlm bekas lain 300g gula tanpa air hingga menjadi gula hangus [kaler gelap & berbuih2]. Jalan mesin no. 1.5..slow... masukkan air gula hangus panas ke dalam adunan tepung perlahan2 hingga habis..[hati2 air gula panas]. Selesai, naikkan kelajuan mesin hingga air gula & tepung sebati. tutup. Gaulkan segenggam tepung yg dah diasingkan tadi dgn mix fruit. Tabur buah dlm mangkuk adunan. Gaul sebentar - jgn lama sebab buah akan mendak. Tips: Gaul dgn mesin, satu dua round sahaja atau gaul dgn sudip kayu cukup.

No comments:

Post a Comment

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012