Wednesday, May 27, 2009

Kelas Steam Buttercream





Salam,
Sekarang ni tgh mood mendalamkan ilmu...mungkin agak ketinggalan tp baru sekarang ada masa dan kesempatan untuk mempelajari teknik2 steam buttercream.Selagi x pergi belajar aku x puas ati sbbnya x tahu teknik2 yg betul.Sebelum nie pernah try buat tp hasilnya sungguh x memuaskan hatiku.
Seperti biasa kelas dianjurkan oleh Azie Cakes & Cookies di Park Avenue Tampoi Indah.
Aku dapat join kelas Azie nie pun secara kebetulan, semasa hubby collect edible image yg aku tempah hubby pun tanye Azie, ada buat kelas tak?
Tak sangka pulak Azie pun cakap lusa ada kelas steam buttercream..hee..he..apa lagi hubby mmg dah lama suruh aku attend kelas steam buttercream ni.Belum sampai rumah lagi otw balik dia dah call aku suruh call Azie terus booking.
Mula-mula aku agak keberatan memandang si kecilku dah pandai meragam dan semakin ligat tapi hubbyku cukup supportive dan sporting.."call je Azie..adik abg jaga, yuran abg byr"....fuh..leganya rasa..Thks x terhingga kepada hubbyku kerana cukup memahami diri ini.
So ini lah hasilnya..kek seumpama fondant. Cantik, licin, halus dan mulus.
Sebiji kek ini aku berikan di tempat kelas mengaji anakku kebetulan ada buat sambutan Hari Guru.Sebiji bwk blk rumah mak...suma ingat kek fondant.Kek yg paling kecil seperti biasa anak dara ku dah booking.Happy viewing..

Ameri Colour


Salam,

Gembiranya hatiku hari ini tak terkata bila menerima bungkusan poslaju dari Pekan, Pahang.Dari siapa lagi kalau bukan SIFU ku..Kak Zatidhati.
Sejak Kak Zati siarkan kat blog tentang Ameri Colour nie aku pun apa lagi..minta tolong dgn Kak Zati kalau gie ke Kuantan minta dia belikan warna2 yang payah nak dpt..spt Maroon, Cili Red & Gold.Lagi-lagi Maroon dah peram semalaman pun tetap x dpt warna maroon.
Ameri Colour nie 1 botol kecik RM4.90 tp warna Gold mahal skit RM5.60.
Bila tgk warna bunga ros Kak Zati dlm blognya aku pun x boleh tahan nak mencuba Ameri Colour nie.Thks Kak Zati sudi menolongku...

Happy 2nd Anniversary Jack & Feti



Salam,

CMC 1/2kg ditempah oleh Fateasliza dari Desa Skudai bg meraikan ulangtahun perkahwinannya yg ke-2.Semoga mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terima kasih Feti sbb selalu order kek dgn akak.

Monday, May 25, 2009

Happy Birthday for Someone Special




Salam,
Kek nie penuh rahsia..pengirim minta dirahsiakan namanya maybe nak wat 'big suprise for someone special'. Masa delivery kek nie pun penerima terpinga2 nak terima..he..hee..apa nak buat dah amanah org..harap puashati dengan kek tu.

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-8




Salam,

20hb Mei 2009 genaplah 8 tahun usia perkahwinan kami.
Aku nak buat kek tp hubby aku kata x perlu sbb dia pun dah naik muak nak makan kek..hee..hee...setakat kami ..bertiga yg makan...haih...jwbnya mmg x abis
So kami decide celebrate makan kat luar.Mula2 ingat nak makan seafood..hubby cancel memandangkan aku x boleh makan seafood sbb myra allergic.So tukar plan makan kat sedap corner tetapi dgn jujur ikhlas x sedap langsung.Ecah lah yg decide nak makan sedap corner..sbb dia kata nak makan kat restoran yg ada penghawa dingin.Klu ikut ecah nak ajak kami kat Restoran Singgah Selalu..tp jauh lah plak dr rumah kami.
Nak bwk myra kuar mlm2 begini aku jadi fobia dibuatnya.

Nie lah makanan yg kami order Chicken Chop & Fish n Chip...hee..hee..klu disuruh boleh bagi berapa bintang...x de bintang nak bagi dah...hee..hee..
Cuma french fries jer ecah & myra kasi perabis...

Cupcake dari Iza untuk Yusof



Salam,

Cupcake ni ditempah oleh Iza dari Taman Universiti untuk dihadiahkan kepada kawannya Yusof.
Semoga Iza & yusof berpuashati. Terima kasih ye..

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru






Salam,
Ini semua kek Hari Guru...yg kale purple untuk Ustazah Aminah Sekolah Agama Kangkar Pulai.
Yang kale oren untuk Guru-guru 1 Amal Sekolah Kebangsaaan Taman Universiti 1.
Selain 2 biji kek nie Pn Alina dari Aspirasi Digital telah menempah 500 biji mini chocolate moist cupcake untuk di beri kepada sekolah2.Terima kasih yg Lina.

Sunday, May 17, 2009

Happy Birthday My Love



Salam,

Kek birthday untuk hubby tercinta yg ditempah oleh Kak Noorkhamisah dari Pelangi Indah.
Semoga kak noor berpuashati.Terima kasih yer kak.

Good Luck Cake



Salam,

Pi mai pi mai tang tu juga...kek nie pula ditempah oleh ex-officemate aku kononnya nak wat suprise farewell lunch untuk Normah.
Haa..haa..rupa2nya masing2 nak buat suprise.
African kek yg diperiskan oren dan layer dgn mangga.

TQ Cupcakes



Salam,
Tempahan dari my best friend, Normah untuk diberi kepada kwn2 pada hari terakhirnya di Panasonic.
Akhirnya dia ikut jejak aku meninggalkan Panasonic...tp dia bukan jadi full time baker dia dpt better offer kat company lain.
Good Luck & Wish U All The Best.

Brownies



Salam,

Tempahan brownies dari seseorang sapa yee.....sori lupe..
Brownies nie mmg kaya rasa coklat yg begitu membelai tekak.
Komen dari hubby ku : ermmm..tabik spring..
Komen anak dara ku : sedappp...tp sedap lg chocolate ibu buat..hee..hee..dia mmg fanatik chocolate.
Komen tekak ku sendiri : Sedap...tp manis banget...
Apa pun komen yg penting aku dapat repeat order lagi.
Sesiapa yg berminat boleh lah membuat tempahan dgn saya di talian 019-7452114.

Vegetarian Cakes



Salam,
Kedua-dua kek nie vegetarian cake (kek tanpa telur.
Tempahan datang dari ex-officemate Madam Lucy.Dia menempah 2 biji kek.
Yang bluberry tu Chocolate Moist Cake yang ada Love tu kek butter yang diperisakan stoberi.
Harap Madam Lucy berpuashati.

Selamat Hari Ibu Untuk Bonda2 Tercinta






Salam,
Dah lama tak update blog. Disebabkan sibuk memanjang sampai tak sempat nak jengah 'rumah' aku yang satu nie.
Sempena Hari Ibu pada 10hb Mei yg lepas aku buat kek untuk mak dan mak mertua ku hee...hee..baik kan aku.Bukan 'masuk bakul angkat sendiri' tp sejak pandai 'mengekek' aku mmg buatkan kek untuk mereka.
Kepada mak : "Selamat Hari Ibu...Pengorbanan mak tak akan ku lupa sehingga ke akhir hayat ku...SAYANG MAK..."
Siap deco 2 biji kek terus balik kulai sbb kami ada buat suprise lunch untuk mak.Agenda majlis suma kak ngah & kak moq aku yg uruskan.
Selesai acara di kulai kami terus ke HSA..kebetulan mak mertua aku pergi melawat anak sedara masih kat ward.Apa lagi celebrate kat ward lah..Alhamdulillah anak sedaraku Nur 'Aqilah telah sembuh seperti sediakala.Berkat doa semua insan yg menyayanginya dia dapat pulih seperti yg semua harapkan.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu





Salam,

Rasanya tak terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu seluruh dunia.
Gambar diatas adalah hadiah dari puteriku yang sulung,Ecah. Terharu hatiku dapat kad yg dibuatnya sendiri.Terima kasih ye sayang...

Monday, May 4, 2009

Selamat Pengantin Baru Azi & Naim


Salam,
Last N3 untuk setakat ini...cc ini pun hadiah CT untuk majlis perkahwinan kawannya Azi di Kg Separa, Kulai.Bertuahnya Azi dapat kawan mcm CT.
Thks yer CT sudi menempah cc dgn saya.

Kek Sama Tapi Tak Serupa



Salam,

Kek perkahwinan ditempah oleh Noriz utk dihadiahkan kepada kawannya.Noriz minta design yg sama dgn Elmi.Tapi bunga saja dia tak mahu guna fresh flower dia tukar kepada bunga icing.
Kek span seberat 2.5kg diperisakan bluberry dan di layer juga dgn blubberry.
Thks yer Noriz beri kepercayaan kepada akak.

CC CT






Salam,
Tempahan CC dari CT untuk majlis pertunangannya.Harap Ct berpuashati...mana yg kurang harap dimaafkan.

CC untuk Chaah



Salam,

CC ni di order oleh sapa yerr...errkk...tp yg order nie officemate anak saudaraku.
CC ditempah untuk meraikan birthday kawannya yg bernama Chaah.Bertuah sungguh Chaah dpt kwn2 yg menyayangi dan selalu mengingatinya.
Kepada Chaah...Selamat Ulangtahun yg ke 20.Dan kepada kawan2nya yg membuat tempahan CC untuk Chaah terima kasih daun keladi.

Saturday, May 2, 2009

Pinky Roses





Salam,
Order datang dari Ili dari Taman Sri Pulai,dan juga officemate hubby.Ili memilih design kek sama dgn kek hantaran Elmi.Ramai yg berkenan design nie.Lepas N3 ni ada lagi kek perkahwinan design yg sama.Tp mengikut tema ili maklumkan pada ku warna tema perkahwinannya soft pink dan purple terung.Adusss..blank pale aku bila baca sms ili 'purple terung'.Susah gak nya cari nie..sbb ili request dgn kotak hantaran transparent siap dgn gubah sekali.Akhirnya aku memilih reben kain utk menghias kotak hantarannya.Sbb pada aku cuma reben kain nie saja yg purple nya nampak betul2 spt purple terung.
Kepada ili : Selamat Pengantin Baru & Selamat menempuh alam baru.Terima kasih di atas kepercayaan yg diberi.Harap ili berpuas hati.

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012