Monday, July 20, 2009

Aziz turn 6 yrs


Salam,
Tempahan dari Puan Liza untuk birthday anaknya Aziz.Thks yer harap puas hati.Tak boleh citer panjang tgh bz meroti.Pas nie saya akan update n3 "kunjungan ke Pekan buat kali-2"...tunggu..

Kek Hantaran Blue Roses - Saida



Salam,
Kek hantaran tunang biru lembut & silver ditempah oleh Saida dr Jabatan Perbendaharaan MBJB.Thks to Saida & fiancee cz sudi order kek dgn akak.Harap puas hati dan mana yg kurang harap dimaafkan.Terima kasih

Sunday, July 19, 2009

Birthday Maziah & Najihah


Salam,
Cis kek based chocolata moist cake ditempah kawan cousin saya..terima kasih & harap berpuashati

Tuesday, July 14, 2009

Happy Belated Sygku & Happy 1st Birthday Anakku Sayang Anis Humaira





Salam,
8hb July & 14hb July adalah hari ulangtahun insan2 yg tersayang dlm hidup saya.
8hb birthday hubby & 14hb birthday puteri kecil saya yg tomei tu Anis Humaira rasa begitu pantas masa berlalu.Rasa mcm baru pregnant.Ni yg rasa mcm nak pregnant lagi.. hee..hee..nnt la dulu sakit cea masih rasa lagi.
Sebenarnya dah lari dr plan asal saya.Kek carrot walnut dah saya buat tp x sempat nak frosting lagi.Sbb pagi saya ada hal x boleh nak dielakkan ckp dgn hubby selesai je urusan kita blk rumah saya nak frosting kek.Pas tu ada plak masalah sehingga urusan terpaksa saya tangguhkan.
Sementara itu sememangnya dah 2, 3 hari saya sentiasa x sedap hati memikirkan keadaan kesihatan mak & abah saya yg x menentu.
Mak saya mengalami sakit sendi dan abah pula kerap jugak x sihat.Pagi tu saya pun tergerak call rumah mak bertanyakan keadaan mak & abah.Lately ni saya kerap call tanya keadaan mak & abah.Akak saya kata mak sakit perut terbaring jer dari subuh tadi sampai terpaksa buka puasa.Tak senang hati saya dibuatnya dgr keadaan mak.Saya inform hubby ttg keadaan mak.Hubby pun kata kek tu x siap pun x per la mak lagi penting.Kita blk kulai dulu tgk keadaan mak,selagi x dpt tgk selagi hati x senang.
So saya bergegas blk kulai.Bila tgk mak dah kurang skit sakit bila dia dah makan ubat.Baru hati saya lega.
Ptg saya blk awal sbb nak fetch anak saya yg sulung kat Sekolah Taman Universiti 1.On the way blk hubby pun ckp jom ar g jusco jer..kita celebrate birthday adik makan kat pizza jer.
Tp saya sampaikan juga hajat hati ini nk wat cake untuk sikecik tu.So nie lah hasilnya Kek Carrot Walnut yg dah siap di frosting Cream Cheese.Saya wat deco yg simple2.Itu pun pengkritik utama saya x putus2 komplen.Tgk la maira x sabar2 nak potong kek. At last x sempat potong kek lagi.Tangan dia da tepuk kat kek dulu.Kek nie mmg sedap banget cuma ada kesilapan teknik ketika saya mengadunnya.
InsyaAllah saya akan watkan juga kek lain nnt sbb ada plan nak sambut birthday dgn cousin2 dia yg sambut birthday bulan Julai gak.
"Selamat Ulangtahun sayang semoga menjadi anak,suami & ayah yg mithali"
"Selamat Ulangtahun yg pertama anakku sayang Anis Humaira.Semoga menjadi anak yg bijak pandai,beriman dan bahagia di dunia & di akhirat.Ibu Sayanggggggg Maira muaaahhhssss..."

Sunday, July 12, 2009

Wedding Cake Cream & Purple-Yun Saharina





Salam,
Kek perkahwinan 2 tiers ini ditempah oleh Yun Saharina dari Bandar Mas, Kota Tinggi.Mula2 agak keberatan untuk saya terima order Yun nie disbbkan beberapa faktor jadual order saya yg ketat & faktor destinasi yg jauh dari rumah saya untuk saya hantar.Bukan tak boleh nak delivery tp saya ada komitment lain untuk siapkan tempahan.Selepas berbincang dgn Yun, Yun pun bersetuju amik sendiri kek nie..tp bkn dirumah saya kami jumpa di pick up point.Upacara penyerahan kek nie berlangsung didepan Skudai Parade.
Design kek ni saya ikut spt yg Yun mahukan...Yun nak steambuttercream design mcm spt kek yg saya wat rose purple kat tepi kek.Tp disebabkan faktor2 keselamatan saya telah menukar pd ready made gumpaste flower.
Kepada Yun : Selamat Pengantin Baru.Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih krn sudi order kek dgn akak.Harap puashati..

Ariff Najmi turn 1


Salam,
Tempahan dari Pn Faezahani untuk meraikan hari lahir yg pertama puteranya Ariff Najmi.Tomei kan Ariff nie..anak dara kecil saya pun geram tgk gambar ariff kat atas cupcake tu.Selamat ulangtahun yg pertama untuk Ariff.Semoga dilanjutkan usia dan menjadi anak yg soleh.Terima kasih yer Pn Faezahani sudi order cupcake dgn saya.Semoga puashati mana yg kurang harap dimaafkan.

Bluberry Cake lagi!!



Salam,
Kek nie saya deco macam x cukup kaki tangan..hu..hu..apa lagi kalau bukan kes silap tarikh.Saya ingat majlisnya hari ahad rupanya hari sabtu.Nasib baik hari jumaat saya wat kek tergerak bakar CMC lebih sebiji sbb standby untuk birthday anak saya pd hari selasa nie.Dah la sabtu pagi tu hujan turun mencurah2 saya pun apa lagi lepas subuh sambung zzzzz...sekali hubby kejut saya..kek dah siap deco lum..jap lagi dalam kul 10or 11 nak delivery.Terbeliak mata saya..dah x sempat nak duduk lagi bangun tidur terus berdiri..capai towel mandi segarkan suma urat sendi.Pas mandi saya pun apa lagi bersilat kat dapur..tgk jam kul 9.15..mak ai...sib baik fresh cream jer yg dia nak.Hubby pun turun padang tolong saya sekali.Apa yg penting KERJASAMA!!!hee..hee..

Saya deco yg simple sbb kek nie untuk majlis aqiqah baby Darwis.Semoga ibu & ayah Darwis berpuashati.Terima kasih.

Sunday, July 5, 2009

Order from KL Yellow Roses - Najib & Hidayah




Salam,
Tempahan dari KL nie dari Hidayah untuk majlis resepsi sebelah lelaki di Bandar Uda Utama.Senang betul berurusan dgn Najib & Hidayah, mereka berdua cukup simple.Hidayah berkenan dgn deco wedding cake Eita & Ezad jadi dia nak saya ikut design yg sama cuma warna yg berbeza.Ros kuning menjadi pilihan Hidayah.Mula2 saya nak menolak bila Hidayah meminta ros kuning.Tp saya terfikir ermm..mesti nampak luar biasa sikit.Tak seperti kek2 saya di deco sebelum ni warna merah hati,merah cili & pink saja menjadi kekerapan permintaan bakal2 pengantin.Bila dah siap sepenuhnya baru nampak naik seri kek nie dirias dgn ros kuning."Selamat Pengantin Baru untuk Najib & Hidayah, semoga mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat".Thks sudi ode kek dgn akak.

Happy 7th Birthday Nurul Husna Nadhirah



Salam,
Husna ni classmate anak saya yg sulung, Anis Hannani.Disebabkan begitu teruja mendengar cerita anak saya yang turut mempromosikan kek ibunya hee..hee..biz minded betul budak sekarang.Tak per lah kan masih kecik2 lagi tolong promosikan biz ibunya.Maka Husna pun minta ibunya barbie doll cake jugak.Tanpa pengetahuan ibu masing2, mereka saling bertukar nombor hp saya & ibu husna.Kak Jie (ibu husna) pun telah call saya untuk menempah barbie doll cake untuk Husna.Semoga Husna suka tgk barbie doll cake nie.Untuk Husna "Selamat Hari Lahir semoga bahagia didunia & diakhirat".Pd Kak Jie terima kasih coz sudi membuat tempahan dgn saya.Harap berpuashati.

CC hantaran Peach & White



Salam,
Cupcake hantaran nie ditempah oleh Atul dari Taman Universiti untuk pertunangan kakaknya, Zihan.Atul telah menempah 16 biji CMC cupcake sz L.Bertemakan warna peach & putih dan akhirnya saya lihat gabungan warnanya agak pudar.Jadi saya pun menambah objek spt rama-rama dari love merah hati agar nampak naik serinya..masih kurang mahir dlm gabungan warna.Apa pun harap Atul & kakaknya, Zihan berpuas hati.Terima kasih byk2.

Bluberry Cake


Salam,
Kek bluberry ni ditempah oleh pakcik hubby untuk birthday anak lelakinya Muhammad Ishamuddin.Terima kasih ye...

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012