Monday, November 23, 2009

Purple & White Theme






Salam,
Tempahan kek perkahwinan 2 tingkat ni dr Liana, Mutiara Rini bekerja sebagai Account Analysis di IBM KL.Senang sungguh berurusan dgn Liana.Liana mahukan lain dari yg lain.Segala design Liana dah tetap so makin memudahkan kerja saya.Bunga segar yg di rias pun nak yg simple,sweet but nice..dan Liana mahukan bunga kekwa purple pada mulanya.Tp bunga kekwa purple x naik seri purple spt yg Liana mahukan.So atas persetujuan Liana, dia x kisah sekiranya saya menukar kekwa purple kepada putih,asalkan bunganya tidak terlalu besar.Dan saya kombinasikan dgn kekwa putih dgn Purple peacock.Maka terhasil kek ini.Kek yg atas tinggi tak spt kek biasa.Kek span vanila saya mewahkan lagi setiap lapisan dgn bluberry.Ketika delivery kek ini hati saya berdebar bimbang & risau mana tau hasil kerja tangan saya x menepati citarasa spt yg Liana idamkan.Saya hantar kek ini pun x sempat jumpa Liana hanya sempat beramah mesra dgn kedua ibu bapa Liana.Peramah sungguh ibu & bapa Liana melayan saya.Lewat petang saya terima sms dari Liana "Kak Noni thx so much 4 d cake.It was lovely n gorgeous n cake pn sdp."
Terima kasih lah kalau Liana berpuashati & suka hasil kerja tangan akak, mana yg kurang harap dimaafkan.Kepada Liana & Hafizul Selamat Pengantin Baru semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih.

Putih & Maroon pilihan Lili





Salam,
Kek hantaran tunang ditempah oleh ex-officemate saya Cik Rusiliana a.k.a Lili.Thanks Lili sudi order kek dgn akak lagi.Tahniah dari akak semoga ikatan pertunangan yg terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dahlia jadi pilihan




Salam,
Tempahan dari sahabat baik saya, Pn Normah yg bertugas as a Engineer di Dyson,Senai.Kek ni untuk majlis penutup kumpulan wanita di Tmn Seri Indah Dahlia di P.Gudang.Oleh kerana nama taman & kumpulan 'Dahlia' maka Normah pun request dgn saya watkan bunga Dahlia.Saya blur jap..bunga Dahlia mcm mana?Tak tergambar dikotak memori saya yg semakin crash nie.Saya tanya ramai kenalan bakers..ada yg kata Dahlia seakan Kekwa.
Tgh2 saya pening memikirkan rupa bentuk bunga dahlia, pembantu saya mencelah..si kakak ( anak saya lah ) ada x kamus bergambar.Hah! baru saya ingat..saya pun selak2 kamus bergambar anak saya..ermm..ada lah gambar bunga dahlia..mmg seakan kekwa cuma kelopaknya lebih lebar.
Saya minta tolong hubby fikirkan sama..atas pertolongan hubby maka terhasilkan bunga dahlia ciptaan saya nie..sama ke dgn dahlia yg original.Apapun sahabat saya nie bukan main happy sbb saya dpt watkan bunga dahlia..katanya kalau saya dpt deco kek tu dgn bunga dahlia seolah2 simbolik untuk nama kumpulan wanita kat taman seri indah dahlia.Apapun thks lah Normah bagi job gila2 kat saya...at least saya dpt ilmu baru.Panjang berjeler2 n3 kali nie..hee..hee.

Bun, Bun, Bun




Salam,
Alhamdulillah, syukur kepada Yg Maha Pemurah, seminggu sebelum sessi persekolahan 2009 melaburkan tirainya, tempahan roti saya diluar jangkaan seperti hari2 biasa.Tempahan dari guru2 Sekolah Taman Universiti 1 untuk pelbagai program amatlah byk.Ini tidak termasuk tempahan pejabat kerajaan & kilang2.Sehinggakan pembantu2 saya terpaksa bersekang mata kerja lebih masa hingga kul 12.00 mlm.Terima kasih yer kakak2 saya yg budiman..tanpa mu berdua tidak mungkin saya mampu buat roti2 yg byk tu berdua dgn hubby.Terima kasih kepada Cikgu Intan & Cikgu Kamalia kerana sudi menempah roti dgn saya.Jumlah keseluruhan tempahan pelbagai roti dri guru2 SKTU1 hampir 500 bj.Syukur.Terima kasih daun keladi, kalau ada buat program tempah lah lagi..hee..hee..

To All My Sweet Princess



Salam,
Kek ini saya buat saja2 untuk puteri2 saya.Setiap kali saya mendeco kek pelanggan,setiap kali juga si kakak minta saya buatkan sebiji kek untuk dia & adiknya.Si adik plak w'pun belum faham apa2 lagi tetap mengangguk2kan kepalanya seolah2 menyokong permintaan kakaknya.Walhal hari lahir mereka dah lepas..kata hubby layankan aje.Saya pun layan ajelah... hee...hee... anak saya kata kek tu sedap! Sambil kata kepada saya tengoklah ibu siapa yg buat? Hu..hu..tergelak sambil terbatuk saya mendengarnya.Chocolate Moist Cake frosting dgn Fresh Cream & dimewahkan dgn bluberry.Kek ini boleh dikirakan top ranking product Noni's Creative Cakes every month.

Wednesday, November 18, 2009

Tira turns 6




Salam,
Kek birthday ditempah oleh sepupu hubby,Huda untuk birthday puteri sulungnya.Happy Birthday Tira.

Rich Chocolate Moist Cakes





Salam,
Rich Chocolate Moist Cake ditempah oleh ex-officemate Sumaiya.Maya menempah kek nie untuk dihadiahkan kepada sahabatnya Farrah.Beruntungnya Farrah dapat kawan macam Maya.Apa pun thanx yer Maya sudi menempah kek gdn akak.Jauh2 Maya datang amik kek kat ruumah akak.Sampai sesat2...nasib baik dpt pulang ke pangkal jalan..hee..hee..

Order from Kak Roza



Salam,
Tempahan dari jiran saya, Kak Roza.Kek Chocolate Moist layer dgn bluberry & frosting fresh cream.Terima kasih Kak Roza krn sudi menempah kek dgn saya.

Tuesday, November 17, 2009

Happy Birthday untuk semua


Salam,
Hari nie aku declare cuti untuk diri saya sendiri..cuti peristiwa..haa..haa..dah berapa minggu x de rehat langsung.Hari Sabtu @ Ahad hari paling sibuk..so bila masa saya ada cuti.Dulu masa bekerja pantang ada cuti, saya dulu yg akan sign borang cuti dok habiskan cuti.Bila dah kerja sendiri hari Sabtu & Ahad lagi lah sibuk.Tapi apa pun kerja sendiri lagi enjoy, berbaloi, income unlimited, tak de bos, tak de org nk bg dateline kerja, tak de collegue nk dengki or ape2 tekanan kerja. Tp lain plak dugaannya. kena manage sendiri semua benda, kitalah HR,kitalah admin, finance.. and kena monitor suma benda.. kena tahan dengan karenah customer yg mcm2 n gangguan dr ulat2 yg suka nk amik kesempatan n menipu. Apepun saya sgt happy dengan ape yg saya buat ni..hee..hee..sekian selingan kali ni.
Apa pun entry kali adalah kek saya hadiah untuk anak2 saudara saya razif,ety,syamim & alif yg sambut birthday pada bln Oktober.Yg tengah2 tu Angah & As untuk kakak tersayang Angah yg sambut birthday pada 10hb Nov & suaminya a.k.a abg ipar saya yg sambut birthday pada 27hb Nov. Syukur pada Allah dilanjutkan usia dalam keadaan yg sihat semoga kalian semua bahagia di dunia & diakhirat. Amin.
Nie kek opera juga...sbbnya ayahanda & bonda saya yg x berapa suka makan kek, tapi boleh makan bertambah2 bila makan opera cake..maka itu kek opera nie mmg disukai suma lapisan umur.

Opera Cake



Salam,
Opera Cake ditempah oleh Rosli (kawan hubby) sempena meraikan hari lahir ABAH tersayang.Thks sudi order product dari Noni's Creative Cakes.

Maira jumpa 'En. Paed'

Salam,
Putri ku yg kecik,Maira kena hyper allergic..smlm baru jumpa dgn 'En.Paed'.Risau tgk bila dia kena bukan setakat merah2 seperti ruam, berserta bengkak sekali.Maira allergic pada byk jenis makanan terutama yg mengandungi telur, selain makanan Maira pun alah pada persekitaran yg berhabuk.Maybe gak smlm Maira alah pada habuk coz smlm cino yg wat KC saya dtg nak wat sedikit touch up lg.Saya pun x sempat mop cuma sapu jer habuk2 kayu kat mozek dapur.Dan dah tentunya Maira setiap masa berada di dapur bersama saya.Haih..kesiannya Maira.

Akhirnya 'En.Paed' suggest pada saya kena standby 'Adrenaline' sejenis ubat allergic di rumah.Ubat itu berbentuk suntikan.In case kalau Maira kena saya boleh terus bagi suntikan tu sendiri.Ini disebabkan kalau Maira kena allergic sehingga bengkak seluruh badan, 'En. Paed' kata akan boleh menyebabkan patient tu collapse.Huh...saya dan hubby dengar terus terkesima..selama nie kami tak pernah tau yg bengkak2 bila Maira kena allergic akan boleh menyebabkan dia pengsan..Sorry sayang ibu...pas nie ibu akan lebih berhati2 lagi dari segi pemakanan dan persekitaran Maira supaya Maira tak kena allergic.Ibu sayangggg Maira...

Projek Usahasama



Salam,
Lama gak tak update blog..seperti biasa lah tugas rutin yg tak mengizinkan saya menghadap duduk depan laptop je.Nie projek dah masuk 2 minggu tp tak berkesempatan nk paparkan di layar maya hu..hu..
Projek usahasama dgn Kak Siti(taukeh Batrisyia Delight Cakes).Sedang Kak Siti sibuk menyiapkan tugasan yg pelanggannya amanahkan,tiba2 dia mendapat perkhabaran yg menyedihkan,ayah mertuanya telah kembali ke rahmatullah.Maka dgn kesuntukkan waktu Kak Siti telah sub pada saya cupcake sebanyak 1000 bj.Itu pun atas persetujuan pelanggan beliau.
Pada masa yg sama saya pun byk tempahan roti & kek lain gak..tapi atas dasar simpati & persahabatan saya terima gak w'pun saya tahu ketika itu waktu untuk saya menyiapkan amatlah singkat.Terima kasih pada kakak2 yg byk membantu saya...Kak Sal, Kak Shila,pada hubby tercinta, puteri ku Anis Hannani yg byk membantu dan menjadi tulang belakang saya menyiapkan tempahan nie.Tak lupa jugak untuk puteri sicilik ku...Anis Humaira yg byk membantu 'mengacau' kami suma buat kerja...hee..he..
Pd Kak Siti..bersabar dgn dugaan dari Allah.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.Maaf ye kak sekiranya terdapat kekurangan pd cupcake tu.

Monday, November 2, 2009

Ice Cream cake for Wa'ie




Salam,
Kek aiskrim ditempah oleh Kak Shik dari Taman Universiti.Thks yer sudi tempah kek dgn saya.

Door Gift Cupcake


Salam,
Minggu lepas adalah minggu yg paling sibuk buat saya.Tempahan pelbagai roti x pernah putus.Syukur Alhamdulillah rezeki anak2 saya.Saya juga sibuk menyiapkan 1,400 pcs cupcake untuk majlis perkahwinan Cik Ina...opss..skrng nie dah jd Pn Ina.Ina telah membuat tempahan awal untuk majlis perkahwinannya nie.Terima kasih yer Ina berikan kepercayaan pada akak.Untuk Ina & Suami "Selamat Pengantin Baru".

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012