Monday, November 23, 2009

Purple & White Theme






Salam,
Tempahan kek perkahwinan 2 tingkat ni dr Liana, Mutiara Rini bekerja sebagai Account Analysis di IBM KL.Senang sungguh berurusan dgn Liana.Liana mahukan lain dari yg lain.Segala design Liana dah tetap so makin memudahkan kerja saya.Bunga segar yg di rias pun nak yg simple,sweet but nice..dan Liana mahukan bunga kekwa purple pada mulanya.Tp bunga kekwa purple x naik seri purple spt yg Liana mahukan.So atas persetujuan Liana, dia x kisah sekiranya saya menukar kekwa purple kepada putih,asalkan bunganya tidak terlalu besar.Dan saya kombinasikan dgn kekwa putih dgn Purple peacock.Maka terhasil kek ini.Kek yg atas tinggi tak spt kek biasa.Kek span vanila saya mewahkan lagi setiap lapisan dgn bluberry.Ketika delivery kek ini hati saya berdebar bimbang & risau mana tau hasil kerja tangan saya x menepati citarasa spt yg Liana idamkan.Saya hantar kek ini pun x sempat jumpa Liana hanya sempat beramah mesra dgn kedua ibu bapa Liana.Peramah sungguh ibu & bapa Liana melayan saya.Lewat petang saya terima sms dari Liana "Kak Noni thx so much 4 d cake.It was lovely n gorgeous n cake pn sdp."
Terima kasih lah kalau Liana berpuashati & suka hasil kerja tangan akak, mana yg kurang harap dimaafkan.Kepada Liana & Hafizul Selamat Pengantin Baru semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih.

Putih & Maroon pilihan Lili





Salam,
Kek hantaran tunang ditempah oleh ex-officemate saya Cik Rusiliana a.k.a Lili.Thanks Lili sudi order kek dgn akak lagi.Tahniah dari akak semoga ikatan pertunangan yg terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dahlia jadi pilihan




Salam,
Tempahan dari sahabat baik saya, Pn Normah yg bertugas as a Engineer di Dyson,Senai.Kek ni untuk majlis penutup kumpulan wanita di Tmn Seri Indah Dahlia di P.Gudang.Oleh kerana nama taman & kumpulan 'Dahlia' maka Normah pun request dgn saya watkan bunga Dahlia.Saya blur jap..bunga Dahlia mcm mana?Tak tergambar dikotak memori saya yg semakin crash nie.Saya tanya ramai kenalan bakers..ada yg kata Dahlia seakan Kekwa.
Tgh2 saya pening memikirkan rupa bentuk bunga dahlia, pembantu saya mencelah..si kakak ( anak saya lah ) ada x kamus bergambar.Hah! baru saya ingat..saya pun selak2 kamus bergambar anak saya..ermm..ada lah gambar bunga dahlia..mmg seakan kekwa cuma kelopaknya lebih lebar.
Saya minta tolong hubby fikirkan sama..atas pertolongan hubby maka terhasilkan bunga dahlia ciptaan saya nie..sama ke dgn dahlia yg original.Apapun sahabat saya nie bukan main happy sbb saya dpt watkan bunga dahlia..katanya kalau saya dpt deco kek tu dgn bunga dahlia seolah2 simbolik untuk nama kumpulan wanita kat taman seri indah dahlia.Apapun thks lah Normah bagi job gila2 kat saya...at least saya dpt ilmu baru.Panjang berjeler2 n3 kali nie..hee..hee.

Bun, Bun, Bun




Salam,
Alhamdulillah, syukur kepada Yg Maha Pemurah, seminggu sebelum sessi persekolahan 2009 melaburkan tirainya, tempahan roti saya diluar jangkaan seperti hari2 biasa.Tempahan dari guru2 Sekolah Taman Universiti 1 untuk pelbagai program amatlah byk.Ini tidak termasuk tempahan pejabat kerajaan & kilang2.Sehinggakan pembantu2 saya terpaksa bersekang mata kerja lebih masa hingga kul 12.00 mlm.Terima kasih yer kakak2 saya yg budiman..tanpa mu berdua tidak mungkin saya mampu buat roti2 yg byk tu berdua dgn hubby.Terima kasih kepada Cikgu Intan & Cikgu Kamalia kerana sudi menempah roti dgn saya.Jumlah keseluruhan tempahan pelbagai roti dri guru2 SKTU1 hampir 500 bj.Syukur.Terima kasih daun keladi, kalau ada buat program tempah lah lagi..hee..hee..

To All My Sweet Princess



Salam,
Kek ini saya buat saja2 untuk puteri2 saya.Setiap kali saya mendeco kek pelanggan,setiap kali juga si kakak minta saya buatkan sebiji kek untuk dia & adiknya.Si adik plak w'pun belum faham apa2 lagi tetap mengangguk2kan kepalanya seolah2 menyokong permintaan kakaknya.Walhal hari lahir mereka dah lepas..kata hubby layankan aje.Saya pun layan ajelah... hee...hee... anak saya kata kek tu sedap! Sambil kata kepada saya tengoklah ibu siapa yg buat? Hu..hu..tergelak sambil terbatuk saya mendengarnya.Chocolate Moist Cake frosting dgn Fresh Cream & dimewahkan dgn bluberry.Kek ini boleh dikirakan top ranking product Noni's Creative Cakes every month.

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012