Saturday, April 3, 2010

Purple & White Theme Stacked Wedding Cake- Jaja Tmn Rinting,Masai



Salam,
Majlis perkahwinan Jaja, Tmn Rinting,Masai sungguh gilang gemilang, kanopi serba putih & purple, pelbagai juadah yg enak2..berjenis2 minuman yg sedap2 belaka.Si ayu bernama Jaja menggena dress lace rona putih untuk majlis persandingannya.Cantik sekali Jaja.Ketika saya masuk ke bilik pengantin utk berjumpa Jaja...dia masih sibuk didandan lagi.Syg sekali saya x dpt snap gmbr sanding Jaja.Setibanya saya di rumah Jaja yg tersergam indah..hujan pun turun dgn lebat.Aduyaii..mcm mana nak kuar bwk kek ini.Dan saya kejar masa untuk ke tempat lain.Maka itu x sempat lah nak snap gambar Jaja bersanding.
Untuk kek perkahwinan ini, Jaja mahukan kek yg atas MESTI tinggi.Tp Jaja mahukan design yg simple sgt cuma bunga2 yg agak rimbun jer.Sebenarnya saya cukup ngeri buat penghantaran kek ini.Saya lebih selesa sekiranya customer self pick up sendiri kat rumah.Tp biasalah kalau dah wat majlis kawin..sapa jer yg free nak gie amik kek..sumanya bz.Dugaan bawa stacked ck ini, dah byk xperience yg boleh meremangkan bulu roma saya bila lihat keadaan kek setibanya dirumah pengantin.Lagi yg kali ini kek diatas tinggi..so Hubby kata biar dipegang kek dan saya yg drive.Alhamdulillah selamat sampai di Taman Rinting, kek masih dlm keadaan baik lagi.Bunga2 suma saya x pasang dr rumah.Saya tumpang rumah kawan Hubby yg kebetulan duk kat tmn yg sama.Thks Ros & Hubby sudi tumpangkan kami sekejap kat rumah.
Siap pasang bunga kami pun bergerak ke rumah pengantin.Setibanya dirumah pengantin hujan lebat.Dlm keadaan kelam kabut..handling ketika membawa kek keluar dari kete tlh membuatkan kek tersebut senget skit.
Siap letak atas meja saya snap gambar & terus jumpa Jaja..tunjuk gambar kek sebelum letak bunga & selepas letak bunga.Mmg begini selalu saya buat..saya akan tunjukkan gambar kek terlebih dahulu pd pengantin.Saya mahukan kepuasan hati customer.Dan cara ini juga yg Sifu Azie share pada saya.Thks Azie.
Jam 8 saya dpt sms dari Jaja :
Kak Noni, thanks byk2..chanteq & sedap sgt kek kita.
Alhamdulillah Jaja puashati...kepada Jaja & Hubby :-
Selamat Pengantin Baru, semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin

No comments:

Post a Comment

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012