Sunday, October 25, 2009

Blue Turquoise & Silver




Salam,
Kek hantaran tunang bertemakan blue turquoise & silver ditempah oleh Noor dari Penggeli.Chocolate Moist Cake seberat 1.5kg dicurah dgn steambuttercream.Harap Noor berpuashati.Untuk Noor 'Selamat Bertunang, semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.'Amin.

Monday, October 19, 2009

Selamat Hari Lahir Mak - 65 thn





Salam,
'Selamat Hari Lahir Mak',Sabtu lepas birthday MIL.Saya sebagai menantu yg baik lagi budiman(hee..hee..perasannye)buatkn kek untuk MIL.Tp saya & hubby hanya berkesempatan meraikan birthday MIL pd hari Ahad di Pizza, Plaza Billion Pontian.Kepada Mak "Semoga panjang umur, murah rezeki & atas limpah kurnia dari Allah dilanjutkan usia dgn keadaan yang sihat & sejahtera".Amin.

Cupcake Hantaran Mira



Salam,
Kek cawan dirias dgn fondant ditempah oleh Mira dari Senai.Mira mahukan kek cawan hantarannya dirias mengikut design yg diemail kpd saya.Kepada Mira terima kasih kerana beri kepercayaan kepada akak.Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Wednesday, October 14, 2009

Merah Membara





Salam,
Kek perkahwinan ditempah oleh Pn.Lia dari Mutiara Rini untuk majlis perkahwinan adiknya Liza.Senang betul berurusan dgn Pn Lia nie, design dan bunga Pn. Lia sendiri tetapkan.Memudahkan kerja saya..he..hee..Semoga mahligai yg dibina berkekalan ke akhir hayat.Jauh perrjalanan kek ni sampai ke Felda Air Tawar 4.Thanks Pn.Lia.

Pernikahan Wati & Lan




Salam,
Kek hantaran nikah Wati & Lan bertemakan Maroon & Putih.Kek hantaran ni sponsor dari kak ipar wati.Thanks Kak Liza.

Saturday, October 10, 2009

Roti Naik



Salam,
Saja nak interprem Roti Naik saya,nak tahu kenapa lately ni saya terlalu bz sgt..hah! tiap2 hari menggentel Roti Naik..hu..hu..permintaan Roti Naik saya luar jangkaan..Syukran.
W'pun masih tak dpt tandingi Roti Naik yg popular tp saya rasa puas & berbaloi dgn usaha saya selama ini.

Black & White Theme



Salam,
Ini pula cupcake hantaran bertemakan hitam & putih.Lia dari Mutiara Rini telah menempah cupcake hantaran & kek perkahwinan untuk majlis perkahwinan adiknya.Harap Lia berpuashati.Gambar kek perkahwinan akan menyusul selepas ini.

Untuk Suami Tersayang


Salam,
Isha, ex-officemate saya telah menempah Chocolate Moist Cake dgn edible image Man U untuk meraikan hari lahir suami tercinta.Thks yer Isha.

Friday, October 9, 2009

Tempahan dr HR MBJB



Salam,
Tempahan dari HR MBJB untuk meraikan hari lahir staffnya.Kek nie share lelaki & perempuan.Terima kasih daun keladi.

Pertunangan Faezah & Shafiq




Salam,
Kek ini ditempah oleh ex-officemate saya, Faezah & Shafiq.Tempahan dari Faezah nie serba salah saya dibuatnya untuk menolak atau menerima.Faezah tunang pada raya ke-6.Dan saya tak sampai hati nak menolak order dari Faezah kerana masih dalam mood raya dan kalau boleh nak gantung apron sampai habis raya..hee..hee..Lagipun Faezah ni regular customer saya jugak itu yg saya penuhi menerima tempahan darinya.Faezah mahukan kek untuk kedua2 belah pihak didekorasi dgn buah2 segar.Maka ini lah hasilnya..harap Faezah & Shafiq berpuashati, mana yg kurang harap dimaafkan.
Selamat Bertunang, semoga ikatan kasih yg dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin.Amin

Beraya ke rumah Mamat Sepah


Salam,
Selingan jap...hee..hee..saja nak interfrem gambar masa saya beraya kat rumah Mamat Sepah.Mak Mammat ni sepupu dgn saya...tahun nie mmg meriahlah sanak saudara pegi beraya rumah dia.Semoga Mamat semakin sukses dlm bidang seni.

Ibu kuih a.k.a Induk Beppa




Salam,
Raya tahun ini saya beraya sebelah hubby...maka wujud lah Ibu kuih a.k.a induk beppa (bahasa bugis).Kalau sebelah hubby boleh katakan 2 thn sekali pakcik hubby akan menempah kek untuk dijadikan ibu kuih.Saya pun kurang faham sebenarnya...apa pun layanzzz.

Aisyah turn 1


Salam,
Sekian lama tidak berkesempatan meng'update' blog, ini kerana saya dilanda kesibukan sepanjang bulan Ramadhan.Syawal menjelma kita semua sibuk beraya.Dan saya...hari raya ke-4 dah start baking semula.Byk gambar kek tak sempat nak post.Kena pandai curi2 masa nie, dan bila saya dah start production roti lagi la saya tidak punya byk masa.
Carrot Walnut Cake ditempah oleh salah seorang staff Dyson.Lupa pulak saya nak tanya namanya.Sorry yer..kek untuk birthday girl yg baru menginjak umur ke 1 tahun.
Terima kasih

Salam Lebaran


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Dari : Noni & Family

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012