Monday, August 24, 2009

Happy Birthday Ika & Hazman



Salam,
Kek ini ditempah oleh Pn.Zara dari Pulai Indah untuk birthday puteri & puteranya.Thks Zara sudi order dgn saya.

Upin & Ipin untuk Syakir



Salam,
Lamanya saya tak berkesempatan meng'update' rumah saya yg satu nie.2 weeks ni sibuk dgn puteri2 saya yg kurang sihat.Dengan keadaan sekarang nie saya cukup berhati2 dgn keadaan kesihatan anak2 saya.Mencegah lebih baik daripada merawat. Tapi Alhamdulillah semuanya dah kembali seperti biasa.
Kek upin & ipin ini ditempah oleh Kak Fauziah dari Taman Pulai Flora.Terima kasih pd Kak Fauziah yg sentiasa menyokong saya.Kek oren dilayer dgn orange filling dan dihias dgn kepingan badam.
Harap Kak Fauziah berpuashati.

Sunday, August 2, 2009

Happy 12th Birthday Fatin Nazifa



Salam,
Ini pula tempahan dari saya dgn yati tauke http://terataiputih.fotopages.com di Sg.Petani, Kedah.Saya menempah 16 bj cmc cc sz L untuk dihadiahkan kepada anak saudara saya di Sg.Petani, Fatin Nazifa.Saja nak suprisekan birthday girl tp yati habaq birthday gurl selamba jer dpt cupcake tu..makin kakak saya yg ter'over' suprise.Mana taknye kakak saya x expect pun saya akan wat suprise.Ermm..kakak saya yg sulung nie mmg dah lama duduk berjauhan dgn family.Sejak saya pandai mendeco kek, saya tak berpeluang meraikan ulangtahun anak sedara saya dgn hasil kek air tangan saya.Jarak membataskan saya melakukan spt anak2 saudara saya di JB.Jadi saya sampaikan hajat hati saya jugak w'pun bukan dari hasil tangan saya tp sekurang2nya memadai dgn pemberian saya ini.
Thks yer yati yg sanggup menerima tempahan last minute dari saya. Dah last minute order macam2 plak permintaan saya.Feedback birthday gurl & mak nya..your cupcake very cute, nice & superb...thks yaa...
To my sweet niece...Happy birthday Fatin,semoga Allah panjangkan umurmu..jadi anak yg solehah..berjaya dlm hidup..sentiasa sihat dan bahagia didunia & diakhirat.Amin...

Happy 1st Anniversary Noor & Yusof



Salam,
Bluberi cake & 1.2kg chocolate moist cake ditempah oleh Noor dari Taman Universiti sempena meraikan ulangtahun perkahwinannya yg pertama dan ulangtahun ayah Noor.Terima kasih kerana sudi order kek dgn akak.Harap Noor puashati.

Fatin Farhana & Azammuddin


Salam,
Ini pula kek untuk anak2 sedara saya.Kakak ipar saya telah menempah kek ni tanpa pengetahuan anak2nya.Kepada Fatin & Azammudin : Happy birthday dari C.Noni. Semoga berjaya dalam pelajaran, bahagia dunia & akhirat hendaknya.Amin....

Irsyad turn 2yrs



Salam,
Kek ini ditempah dari En Nazri MBJB untuk anak bujangnya, Irsyad yg baru menganjak 2 thn.Terima kasih & harap puas hati ye..

Apa ada pada roti?





Salam,
Dah lama saya tak update blog..errmm saya dilanda kesibukan menimba ilmu hee..hee...Pada saya tak salah kita menimba ilmu selagi ada kemahuan.Kalau mak saya dgr mesti dia berkata..hai dah pandai pun masih nak gie kelas lagi.Tak semua yg saya belajar saya boleh praktikkan.Kadang2 saya pun 'try & error' juga.Dan tak semua yg saya belajar saya dpt aplikasikan pada setiap produk saya. Dan setiap orang tak sama skill & teknik yg dia ajar pada kita.Haih...nasib lah 'En.Suami' begitu memahami.Dituruti sahaja kemahuan saya.Terima kasih tak terucap untuk suamiku...
Saya berkunjung lagi buat kali kedua di teratak Zati d Hati di Pekan, Pahang.Plan asal nak join sekali kelas Kak Zati tapi agak kecewa kerana ruang masa yg agak sempit tak membolehkan saya bermalam di Pekan. Tujuan utama saya ke Pekan untuk meningkatkan lagi ilmu dlm bidang pembuatan roti. Apa ada pada roti? Ya,jika dulu soalan ini ditanya kepada saya yg masih kurang 'pakar' dalam menilai roti mesti saya akan kata ermm..sejenis makanan yg diperbuat dari gandum...rasa dan cara yang dan tidak ada beza dalam setiap resepi roti.Tapi bila saya kaji tidak semua resepi roti yg saya belajar saya boleh aplikasikan pada semua jenis roti.Dan satu2nya jenis roti yg saya banyak lalui episod kegagalan ialah 'Roti Naik'.
Tapi saya tidak pernah putus asa mencuba.Setiap resepi yg saya dapat kadang2 hasilnya manjadi tp masih tidak memberi 'kepuasan' pada saya.Saya pun mengusulkan perihal roti naik pada Kak Zati.Saya minta dia carikan tenaga pengajar di Pekan.Saya hormati Kak Zati walaupun dia tidak menguli roti setiap hari sbb dia sendiri kata pada saya 'aku nie dicipta bukan untuk buat roti' hee..he..tp kesungguhan dia ingin menolong saya mendalami ilmu roti begitu membuatkan saya & hubby amat menghargainya.Pada saya & hubby jarak antara JB ke Pekan bukan ukuran untuk kami lagi.Asalkan saya dpt apa yg saya mahukan jauh mcmmane sekali pun akan saya datang.Sbb permintaan ke atas 'Roti Naik' saya mmg tinggi.Tapi saya masih belum temui resepi yg stabil.Sbb apa yg saya tahu resepi roti naik berbeza dari roti biasa dan caranya mengadun dan membakar pun tak sama.Atas pertolongan adik Kak Zati,Ani yg byk kali berulang alik ke rumah Mak Long semata2 untuk memujuk Mak Long agar bersetuju mengajar saya.Akhirnya saya dpt belajar membuat roti naik cara tradisional dengan Mak Long.Dan hasil masih 90%.Tp saya puas hati sbb saya dapat satu lagi resepi, teknik & skill yg saya tidak pernah belajar sebelum ini.
Seminggu selepas kunjungan ke Pekan, saya pergi ke Bandar Tun Razak,KL. Kunjungan ke The Baker's Place kedai bakery kepunyaan Mr.Buck @ Bahtiar.Saya kenal Buck masa sama2 kursus di Melaka.Masih dengan tujuan utama pelajari teknik & skill roti naik dgn Buck..dan saya berterima kasih pada Buck & isterinya (Fiza) yg sanggup melayan saya walaupun saya lihat mereka begitu sibuk dgn tugas2 di bakery.Saya juga turut bangga dgn kejayaan Buck sekarang nie.Dah buka cawangan baru lagi satu kat Bandar Tasik Selatan.Dalam tempoh 1 hari saya di Bakers Place apa yg saya lihat ada juga pelanggan bangsa lain yg dtg beli roti di kedai Buck. Apa yg kita suma sedia maklum bukan senang bangsa lain nak masuk kedai bumiputera dan beli produk bumiputera.Tahniah Buck...semoga berjaya....
Bila saya lihat pekerja2 Buck buat roti..alahai..saya rasa saya masih blum 'pro' lagi dlm membuat roti.Tapi apa pun saya dpt banyak ilmu, skill & teknik baru yg saya pelajari.Hasil roti naik yg kami ekperimen bersama masih lg 90%.Tapi penat lelah saya selama 2 minggu ini memberikan kepuasan pada saya bkn saja pada apa yg saya mahukan tp yg paling penting, apa yang saya dpt ialah KEIKHLASAN hati seorang SAHABAT spt Kak Zati & Buck..jasa kamu berdua tak akan saya lupakan sepanjang hayat.
Sesampainya di JB saya praktikkan apa yg saya belajar di Pekan & di Bakers Place.Setelah diolah sedikit resepi akhirnya saya dpt hasilkn roti naik spt yg saya mahukan.Saya merasa cukup puas dgn usaha & kerja keras saya selama ini membuahkan hasil.
Terima Kasih pada Kak Zati,Cikgu Azli-hubby Kak Zati,adik Kak Zati Ani,Mak Long, Buck & Isteri - Fiza,atas kesungguhan kalian menolong saya. Rasanya terucap dgn kata2.
Hubby pun dpt belajar masak Kari Kambing dgn Cikgu Azli (hubby K.zati)...errrmm..mmg mabeles...

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Sweet Princess

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Sweet Princess

Lilypie Third Birthday tickers

Our Cute Prince

Lilypie First Birthday tickers
 

blogger templates | Designed by Grafika Studio 2012