Sunday, March 29, 2009
Happy 1st Birthday Wawa
Salam,
Malam kedua balik dr kampung pun aku mendeco kek birthday untuk anak cousin.
Kek birthday ditempah oleh cousin untuk anaknya Nur Azwa Safrina yg baru berusia 1 yr.Harap berpuashati sbb semasa mendeko kek ini aku dah tak boleh nak fikir apa yg terlintas di fikiran tu yg aku lukis di atas kek hee..hee..
White & Red Roses
Salam,
Lamanya rasa tak dapat jengah 'rumahku' ini.Dalam 2 @ 3 hari berulang alik JB ke Pontian rumah MIL ada kenduri kahwin sepupu hubby.Memandangkan kami belum abis tempoh 'berpantang' jadinya kami tak boleh tidur di kampung.Sementara tu juga aku pun byk task yer perlu aku bereskan.Task apa lagi kalau bukan menyiapkan order kastemer.
Tempahan dari ex-officemate kek hantaran bertemakan putih merah.Di atas permintaan Elmi yg mahukan deco dgn bunga segar ros merah.Semoga Elmi berpuashati dan terima kasih di atas kepercayaan yg diberikan.
Kepada Elmi : Selamat Bertunang Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Komen Elmi : Kak Noni thks byk2 sbb buatkan kek yg cantik dan feedback dari tunang & family kek akak mmg mabeles.
Thursday, March 26, 2009
Alia Amani is 12 yrs
Salam,
CMC 1kg ini ditempah oleh officemate sepupu aku.Tak tau pulak namanya.Anyway thank you very much
Order dari Pn Juli
CMC & Buns
Happy B'day Nur Hazreena Hadeera
Monday, March 23, 2009
Isha & Erwin Part 2
Top
Bottom
Salam,
Kek perkahwinan bertemakan biru muda & putih ditempah oleh Isha & Erwin utk resepsi sebelah lelaki.Aku mendeko kek nie balik dari Danga Bay raikan birthday anakku.Sampai rumah hampir kul 12.Mata ku pun dah naik kuyu nak zzz..zz..
Kek ni kena delivery pagi sebab aku akan jumpa pengantin kat pick up point seawal pagi sebelum pukul 9.Jadinya nak tak nak kena lah bekerja keras siapkan malam nie juga.
Kek ini ada tragedi yg betul buat aku meremang bulu roma.Ketika aku nak packing kek masuk kek kotak tangan aku tercucuk tepi kek..mak ai..berlubang besar huwaaa...Kering darah aku sekejap.Apa taknya pengantin dah sampai kat pick up point.Dah call & dah sms aku berkali2.
Masa tu dah tak bleh fikir panjang aku terus ke dapur touch up balik nasib baik lah buttercream kali biru ada balance lagi sikit.
Akhirnya selamat kek ni ke tangan empunya diri untuk dibawa balik ke Kota Tinggi.
Untuk Isha & Erwin : Selamat Pengantin baru sekali lagi..dan thks di atas kepercayaan yg diberikan.
Happy Birthday Anakku Sayang - Anis Hannani 7yrs
Anis dgn teman barunya Nurul dr Singapura kebetulan birthday nurul pd 22hb Mac.
Gambar di luar kapal Danga Cruise..tgk la si kecik tu tahan pulak mata dia.
Anak ayah..segala-galanya ayah...
Yg opera cake dia nak celebrate dgn sepupu2nya di rumah nenek.
Bukan main teruja dgn barbie doll cake.
Salam,
21hb March, 2009 genap lah 7 tahun umur puteriku yg sulung Anis Hannani.3 bulan sebelum birthday dia, sentiasa dia ingatkan aku.Kakak nak ibu buatkan 2 kek yg 1 nak barbie doll cake yg cantik2, yg 1 lagi tak kisah tapi yang sedap tau ibu.Haih..anakku akan ibu turuti kehendakmu.Puteriku yg sulung nie kuat komplen no.1. Belum sempat aku kata apa dah terpacul dari mulut dia ibu buatkan kek anak orang cantik2 jangan pulak kek kakak tak cantik nanti.
Sebagai penuhi permintaan puteri ku ini lah hasilnya.Kedua2 kek nie aku deco bersama darlingku memandangkan puteriku yg kecil kurang enak badan dan meragam tak tentu masa. Tu yang darlingku terpaksa turun padang.
Opera Cake di bawa ke rumah neneknya...feedback dari suma yg makan mmg marbeles rasa kek ni...apa tak nye ramuannya pun yg sedap2 belaka.Cuma tak puashati ganachenya kurang menjadi cantik.Tapi kek nie kena simpan dalam fridge..tak boleh di suhu bilik sbb frosting dengan western buttercream..makan sejuk2 aduhai membelai tekak.
Cepat..cepat sesapa yang nak order Opera Cake..kek tradisi Perancis..boleh lah contact saya..makan sepotong pasti nak lagi...hee..hee..promosi la pulak!!
Yg Barbie doll cake tu tak buat platform kek sbb nie kami 4 beranak je yg celebrate.Pas celebrate kat rumah nenek terus ke Danga Bay.Kami ada booked suprise dinner di Danga Cruise. 2 jam di atas kapal sambil menikmati makan malam.Sukanya kakak terpancar di wajahnya.Birthday dia kali nie tak seperti tahun2 sebelum nie.Selalunya kami akak bawa dia pergi holiday somewhere.Tahun lepas kami buat suprised kat dia bawa dia pegi holiday ke Genting Highland. Tapi tahun sudah ada sikecil tak boleh lah jalan long distance.
Kek barbie ni licin ada seorang warga Singapura tapau dia kata sedap so aku pun bagi suma yag balance kat dia.Suka sakan Kak Timah.Terima kasih la pada kak timah & family, mama nurul yg sudi bg cenderamata utk Anis.
"Happy Birthday Anakku Sayang Anis Hannani, semoga panjang umur, murah rezeki, anak yg solehah,berjaya dalam hidup dan yg paling penting bahagia di dunia & di akhirat".
p/s:dr anis a.k.a ecah utk :-
mak ibu (kak zati)
Terima kasih mak ibu sebab ucap kat ecah happy birthday.
Cik Fatty
Terima kasih wish kat ecah Happy birthday...
Label:
Barbie Doll Cake,
Birthday Cake,
Family,
Opera Cake
Sunday, March 15, 2009
Isha & Erwin Part 1
Salam,
Selepas membuat kek hantaran tunang Halifah aku terus mendeco 3 biji kek lagi untuk majlis perkahwinan Isha & Erwin.Bertemakan putih & maroon utk resepsi potong kek, bagi memenuhi impian Isha sekali lagi aku menggunakan bunga-bunga segar ros merah hati digabungkan dgn baby breathe.Semoga Isha & Erwin berpuashati dgn deco & kek tu.Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Komen Isha : Kak Noni, Isha & Erwin berpuas hati sgt dgn kek akak. Suma tetamu yg hadir suka dgn kek akak.
Pertunangan Halifah & Hamzul
Salam,
Kek pertunangan Halifah & Hamzul bertemakan warna coklat.Masa mendeco kek ini aku benar2 ketandusan idea.Payahnya utk mendapatkan gabungan warna coklat yg menarik.Coklat adalah tergolong dlm warna2 pastel,hmm..warna pastel mmg warna kegemaranku.Sebenarnya deco ini bukan lah deco yg asal seperti yg aku rancangkan.Aku mendeco kek ini dalam keadaan keletihan menyiapkan tempahan kek & roti, jadinya ku turut saja apa yg terlintas di fikiran biar selari dgn tangan yg mengukir.Dan inilah hasilnya..harap Halifah berpuashati.
Happy 4th Birthday for Nisa
Salam,
Kek chocolate moist layer bluberry dan topping fresh cream ini ditempah oleh Faezah utk anak saudaranya Nisa.Sungguh bertuah jadi Nisa ada mak saudara yg menyayanginya.
Dalam kesibukan membuat kek hantaran tunang & kek perkahwinan 3 tingkat aku sempatkan jua utk menerima tempahan dari Faezah.Faezah bukan kali pertama menempah kek dgn aku.dah kira macam regular customer jugak lah.Terima kasih yer Faezah a.k.a Pae sudi menempah kek dgn akak lagi.
Label:
Birthday Cake,
Edible Image,
Fresh Cream Cake
Monday, March 9, 2009
Bun Sosej & Bun Daging
Fruit Cocktail & Strawberry Cakes
Salam,
Kedua-dua kek ni pun order dari mummy eisya.Dia kata ramai dlm family dia yg sambut birthday pada bulan 3.So celebrate sekali lah yer..
Kek Fruit Cocktail untuk Uminya
Kek Strawberry Sponge Cake utk kakaknya share dgn ank sedaranya.
Label:
Birthday Cake,
Edible Image,
Fresh Cream Cake
Happy 1st Birthday Azriesya Fiqa
Salam,
Balik dari menghantar kek perkahwinan Diana 4 biji kek menanti aku utk di deco.Yg paling rumit Barbie Doll Cake with platform.Sampai pukul 2 pagi aku menyolek kek barbie ini.Kek ini untuk si tomei Azriesya Fiqa or eisya, sahabat karib puteriku Anis Humaira yg baru berusia 8 bln.Hee..he..
Jangan tak tau bila sampai kek ini Eisya geram tengok patung barbie sampai ketap bibir tunjuk geram
Mummy eisya begitu teruja dgn kek barbie utk harijadi Eisya..agaknya mummy eisya ko yg teringin kek barbie.Mummy eisya mahukan barbie bertemakan garden...so ini lah hasilnya.Mendeco kek dlm keadaan kepenatan aku jadi ketandusan idea.Harap mummy eisya berpuashati.
Chocolate Moist Cake & Orange Sponge Cake
Komen mummy esiya : Thks kak noni..kek tu sungguh cantik & cedap sgt...
Sunday, March 8, 2009
Red Roses
Salam,
Dalam masa 4 hari nie schedule aku begitu ketat.Menyiapkan tempahan kek & roti menguji kekuatan diri sambil melayan puteriku yg kecil yg dah pandai meragam.Dugaan...dengan kesabaran aku atur segalanya dgn sebaik mungkin.Dan akhirnya aku dpt menarik nafas lega bila semua tanggungjawab telah terlaksana.
Kek perkahwinan 3 tingkat ditempah oleh Diana untuk hari bahagianya. Diana begitu teruja dengan deco fresh flower & butterfly.Masa menelefon aku untuk menempah kek ni berkali-kali dia ingatkan aku "Jgn lupa letak butterfly tau kak...kita suka sgt butterfly".Memandang kek di deco dgn fresh flower aku terpaksa mencari butterfly yg nampak real...so baru kena tema fresh flower.Aku pun cari custom made butterfly.Kedai bunga ada jual tapi kena tempah awal.
Nampak seperti mudah deco kek ini tapi agak rumit.
Kepada Diana & Azman "Selamat Pengantin Baru Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat"
Komen Diana : Thks kak, buatkan kek spt yg sy impikan..& yg penting kek akak mmg marbeles.
Thursday, March 5, 2009
Happy 9th & 1st Birthday for Danish & Maisara
Ready to delivery
Salam,
Sekarang nie BEN10 begitu diminati sekali..yg minatnye anak tp dgn mamanya sekali layan BEN10 nie.Tp kali nie BEN10 bersanding dgn Spongebob plak.Sbbnya 1 kek dikongsi 2 org birthday boy & birthday girl.
Kek 1.5 Vanilla Sponge Cake layer with bluberry nie di tempah oleh ex-officemate aku Pn Norlinda utk anak lelakinya Danish & anak saudaranya Maisara.
CC Diana with Cream & Maroon Theme
Chocolate make u crazy
Monday, March 2, 2009
Happy 1st Birthday Zulaikha
Barbie Doll Cake from Mummy for Ishyra
Salam,
Indah sungguh namanya Ishyra...mesti tomei kan? Ishyra is 7 yrs old..now a big big girl hee..hee Tempahan dr ibunya Fazlin, asalnya Fazlin order kek bentuk number 7. Tapi bila lungsuri blog si anak daranya berkenan dgn barbie doll cake.Bagi memenuhi permintaan puteri tersayang Fazlin menukar ordernya.
Barbie doll cake siap dgn platform.Fazlin memilih butter cake utk keseluruhan kek ni.
Selepas deco berat kek nie lebih dr 5kg...he..hee...puas betul makan kek...
Komen dr Fazlin : Kak Noni, thks.. your cake was superb..nnt birthday anak kita yg 2 org lagi boleh repeat order dgn akak.
Alhamdulillah kalau Fazlin berpuashati.
Subscribe to:
Posts (Atom)